Surah Al Baqarah Ayat 44

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan (memilih Islam), sedangkan kamu melupakan diri (kewajipan) kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab? Tidakkah kamu berfikir?”

Friday, May 11, 2012

Istikharah pada Allah, Musyawarrah dengan Manusia

Apabila ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan, carilah Allah. Insafi dosa yang telah dilakukan, bermohon kepada Allah tanpa rasa jemu dan berbahagialah dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.

Seseorang yang ingin beristikharah kepada Allah perlu melakukan solat sunat istikharah di samping tidak meninggalkan apa -apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat.

Musyawarrah dengan manusia pula ialah sseseorang meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya"Apabila seorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu, tunaikanlah dua rakaat yang bukan fardu." (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi dan lain - lain)

Namun, dalam musyawarrah dengan seseorang, seelok-eloknya orang tersebut mestilah :
- Soleh dan bertakwa
- Berilmu
- Berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar.
- Amanah

Allah s.w.t. menyuruh Rasulullah s.a.w. bermusyawarrah dengan para sahabat dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan serta mengambil pendapat mereka seperti terdapat dalam ayat 159 surah Ali 'Imran supaya menjadi teladan kepada umat Islam untuk mengaplikasikan musyawarrah dalam urusan mereka

From Solusi Isu 42 "Pasrah dengan Istikharah"

Mudah2an artikel di atas dapat membantu sahabat2 terutama sekali yang masih belajar. Jangan bertengkar ketika berbincang.. Jangan buat keputusan seorang diri, bahkan sebaliknya..."bermusyawarrah"lah!!!

Jom kenal Muhammad..

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Biarlah kita berkenalan terlebih dahulu, siapakah sebenarnya insan yang mulia ini. Mungkin ada yang sudah tahu, atau mungkin ada yang sudah lupa. Jom kita sama - sama refresh kan ingatan kita.

Nabi Muhammad saw berasal dari kabilah Quraisy, tepatnya keturunan Hasyim. Ayah beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthalib, cucu Hasyim. Ibunda beliau adalah Aminah binti Wahb yang berasal dari keturunan Bani Zuhrah, salah satu kabilah Quraisy.

Setelah menikah, Abdullah melakukan hijrah ke Syam. Ketika pulang dari hijrah itu, ia wafat di Madinah dan dikuburkan di kota itu juga.

Setelah beberapa bulan wafatnya sang ayah berlalu, Muhammad s.a.w. lahir di bulan Rabi’ul Awal, tahun 571 Masehi di Makkah, dan dengan kelahirannya itu, dunia menjadi terang-benderang. Sesuai dengan kebiasaan para bangsawan Makkah, ibundanya menyerahkan Muhammad kecil kepada Halimah Sa’diyah dari kabilah Bani Sa’d untuk disusui. Beliau tinggal di rumah Halimah selama empat tahun. Setelah itu, Aminah mengambilnya kembali.

Dengan tujuan untuk berkunjung ke kerabat ayahnya di Madinah, Aminah membawanya pergi ke Madinah. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, ibundanya wafat dan dikebumikan di Abwa`, sebuah daerah yang terletak antara Makkah dan Madinah. Setelah ibunda beliau wafat, secara bergantian, Pakcik dan Datuk beliau, Abdul Muthalib dan Abu Thalib memelihara beliau. Pada usia dua puluh lima tahun, beliau menikah dengan Siti Khadijah yang waktu itu sudah berusia empat puluh tahun. Beliau menjalani hidup bersamanya selama dua puluh lima tahun hingga ia wafat pada usia enam puluh lima tahun.


Pada usia empat puluh tahun, beliau diutus menjadi nabi oleh Allah. Ia mewahyukan kepada beliau al-Quran yang seluruh manusia dan jin tidak mampu untuk menandinginya.Beliau hidup di dunia ini selama enam puluh tiga tahun. Menurut pendapat masyhur, beliau wafat pada hari Isnin bulan Shafar 11 Hijriah di Madinah.


Hari berganti hari, waktu berganti waktu, sudah beberapa abad Rasulullah saw meninggalkan kita. Seringkali kita terlupa akannya, tetapi beliau tetap rindukan umatnya. Sunnanhnya, sudah cukupkah kita amalkan.. Atau mungkin sudah terlupa? Atau mungkin tak tahu? Atau mungkin buat2 lupa? Ingatlah sahabat2, di akhirat nanti tidak akan ada syafaat yang lain selain dari syafaat Rasullullah saw. Dan syafaat itu khusus untuk umat Rasullullah sahaja. Itupun kalau Rasullullah kenal yang kita ini adalah umatnya.. Dengan apa yang kita lakukan seharian, adakah mencukupi untuk meminta pertolongan baginda? Wallahualam.. Mudah2an kita sentiasa ingat akan pesanan Rasullullah saw dan ikut akan segala sunnahnya. Mari sama-sama ubah diri, betulkan mana yang salah, teruskan mana yang benar. Yang tak tahu, belajarlah, dan yang tahu ajarkanlah.. Mudah2an Allah permudahkan kita akan jalan yang kita tempuh ini. InsyaAllah.




Wednesday, January 4, 2012

Tunaikan 10 hak!!

IMAM SYAFI'E memberi wasiat nya : "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

1. Hak kepada diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada - pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan - kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata - rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar Nankir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

9. Hak kepada Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.

10. Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Mudah2an guideline yang diwasiatkan oleh imam syafie ini memberi manfaat kepada kita semua. Bersama - sama kita berusaha beramal dan menyampaikan pada yang lain. Peringatan untuk semua dan paling penting untuk diri sendiri. InsyaAllah...

Petikan dari Buku "30 Wasiat Imam Syafie"